AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    The QF and SF of Champions League Draw

    Share

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    The QF and SF of Champions League Draw

    Post  bunga on Fri Mar 20, 2009 4:54 pm

    For the fifth consecutive season,
    Liverpool will face Chelsea in the Champions League quarter-finals again!!!!Mad Mad

    While title holders Manchester United play Portuguese champions FC Porto,
    Arsenal meet Villarreal of Spain.

    ~~ie~~
    Villarreal v Arsenal
    Manure v Porto
    Liverpool v Chelsea
    Barcelona v Bayern Munich

    The first fix will be played on 7/8 April,second fix on 14/15 April.

    The Semi's:

    Manure ~ Porto v Villarreal ~ Arsenal
    Barcelona ~ Bayern Munich or Liverpool v Chelsea

    The first fix will be played on 28/29 April
    with the second legs on 5/6 May.

    wowoowohoooo!!
    Bring it on..football is a 90 min game,and sometimes more~~So enjoy it. cheers cheers

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  detective conan on Sat Mar 21, 2009 1:21 am

    Untuk kali kelima dalam lima tahun, Liverpool telah dijodohkan dengan Chelsea di peringkat suku akhir Liga Juara-Juara dalam undian yang dijalankan semalam.

    Barcelona pula akan menentang Bayern Munich, sementara juara bertahan, Manchester United, akan bertemu FC Porto yang menyingkirkan juara England itu dalam 2004.

    Satu lagi kelab England, Arsenal, diundi menentang Villarreal, dalam apa yang dilihat sebagai ulangan pertemuan mereka dalam separuh akhir 2006 apabila Arsenal menang.

    Perlawanan pertama akan berlangsung pada 7 dan 8 April, sementara pertemuan keduanya pada 14 dan 15 April.

    Dalam separuh akhir nanti, United atau Porto akan menentang Villarreal atau Arsenal, sementara Barcelona atau Bayern akan bertemu Liverpool atau Chelsea.

    Undian semalam memungkinkan satu lagi perlawanan akhir yang melibatkan kelab-kelab England.

    United mengalahkan Chelsea melalui penalti dalam final tahun lalu di Moscow.

    Kedua-duanya, yang kini di tangga pertama dan kedua Liga perdana, boleh bertemu lagi dalam final yang dijadualkan pada 27 Mei di Rome.

    Liverpool dan Chelsea telah bertemu di peringkat separuh akhir 2005, dengan Liverpool mencatat kemenangan dan kemudian mengatasi AC Milan melalui penalti dalam perlawanan akhir di Istanbul untuk menjulang mahkota bola sepak Eropah yang terunggul buat kali kelima.

    Mereka juga telah bertemu di peringkat kumpulan dalam 2006 dan separuh akhir 2007, dengan Liverpool memenangi perlawanan separuh akhir itu tetapi kalah kepada AC Milan dalam final.

    Barceona, yang mendahului Liga Primera dengan enam mata, telah memenangi Liga Juara-Juara sebanyak dua kali, kali terakhir dalam 2006 apabila mereka mengalahkan Arsenal. Bayern telah memenanginya empat kali, yang terakhir dalam 2001.

    Pertemuan pertama separuh akhir akan berlangsung pada 28-29 April dan pertemuan kedua pada 5-6 Mei

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  bunga on Sat Mar 21, 2009 10:01 am

    Aiyak DC, ini translation or duplicate,ngehh Very Happy

    Bunyi mcm surat khabar,jgn marah, nti bunga jual kat nite-market!! cheers cheers

    teruna desa

    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  teruna desa on Sat Mar 21, 2009 1:24 pm

    bunga wrote:Aiyak DC, ini translation or duplicate,ngehh Very Happy

    Bunyi mcm surat khabar,jgn marah, nti bunga jual kat nite-market!! cheers cheers

    dia copy paste kat paper mana tu nak cari jap...

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  bunga on Sat Mar 21, 2009 5:03 pm

    teruna desa wrote:
    bunga wrote:Aiyak DC, ini translation or duplicate,ngehh Very Happy

    Bunyi mcm surat khabar,jgn marah, nti bunga jual kat nite-market!! cheers cheers

    dia copy paste kat paper mana tu nak cari jap...

    hehhehe Very Happy I tot so....

    ManJonG

    Posts : 58
    Join date : 2009-02-06

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  ManJonG on Sun Mar 22, 2009 8:01 pm

    Champions League Finale...
    Would be..
    Manchester United Vs Barcelona..
    epic match ever... cheers cheers

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  bunga on Mon Mar 23, 2009 8:39 am

    ManJonG wrote:Champions League Finale...
    Would be..
    Manchester United Vs Barcelona..
    epic match ever... cheers cheers

    keep dreaming ~ after all dreams are FOC, Very Happy Very Happy

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  detective conan on Mon Mar 23, 2009 9:36 am

    skang orang dah tak ambik tau news Man U atau Chelsea, coz semua duk terpaku melihat kehebatan liverpooll membenam lawan mereka... Laughing Laughing katanya penyokong chelsea tengah risau menjelang pertemuan chelsea menentang liverpoll dalam liga juara .. clown

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  bunga on Mon Mar 23, 2009 12:37 pm

    detective conan wrote:skang orang dah tak ambik tau news Man U atau Chelsea, coz semua duk terpaku melihat kehebatan liverpooll membenam lawan mereka... Laughing Laughing katanya penyokong chelsea tengah risau menjelang pertemuan chelsea menentang liverpoll dalam liga juara .. clown

    ~afasal nak risau pulak??

    I think that's your assumption only, there's no reason why Chelsea should be worried to LiverFOOL~~don't be so sure, like manure,kalau jatuh nti terus terduduk, besar keMALUan,hehehhe Very Happy

    I think orang Melayu mmg mudah lupa ~ not long ago when M'boro kicked Liverpool 2-0 and Everton kicked you out in the domestic league!!! Very Happy

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  detective conan on Tue Mar 24, 2009 1:31 am

    TEMPAT paling panas dalam dunia sekarang, mungkin sekali di Liverpool, England.Tetapi ia tiada kaitan langsung dengan cuaca atau iklim dunia, tetapi sebuah kelab bola sepak yang dikenali sebagai Liverpoolllllll.

    Begitu panas sekali sehingga mereka yang digelar 'The Reds' itu pasti akan merasa lebih panas lagi.

    Empat gol membolosi Real Madrid, empat lagi dengan Manchester United dan lima biji memasuki gawang aston villa - kasihan betul....

    Anak didik Rafael Benitez kini telah menjaringkan 13 gol dan dibolosi satu sahaja oleh United, dalam tempoh dua minggu.

    Namun, apa yang pasti menggembirakan pengurus dari Sepanyol itu ialah Liverpool kini hanya satu mata di belakang pendahulu liga, United, yang mempunyai satu perlawanan dalam tangan.Suatu masa dulu, mereka ketinggalan tujuh mata.

    Selain itu, 13 gol dalam tiga perlawanan pasti menaikkan semangat mereka dan menambah keyakinan.Itu yang lebih penting sedang mereka terus memburu United dengan Liga Perdana hampir sampai ke penghujungnya, stelah cabaran chelsea seakan semakin pudar setelah kalah mengejut kepada lawan mereka.

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  bunga on Wed Apr 15, 2009 9:20 pm



    The top 4 English football teams in EUFA Champions league ~~ one has been eliminated.
    LFC~~RIP for now Very Happy

    Chances for the BPL site's to meet one another
    ~~ for the second time in the final,
    ~~ should Chelsea R/O Barca on semi's...

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    tewas namun, perlawanan bertaraf dunia...

    Post  detective conan on Thu Apr 16, 2009 3:49 am

    detective duk berkabung ni, team conan tersingkir hu hu hu...

    walaupun begitu Perlawanan suku akhir kedua antara Liverpool dengan Chelsea awal pagi semalam boleh dianggap sajian terbaik pada saingan Liga Juara-Juara musim ini.

    Kedua-dua pasukan terikat seri 4-4 tetapi Chelsea mara dengan agregat 7-5 hasil kemenangan 3-1 di Anfield pada suku akhir pertama minggu lalu.

    Kedua-dua pasukan mempamerkan mutu bola sepak yang sungguh menakjubkan.

    Ia membuktikan kebijaksanaan percaturan yang dilakukan oleh dua pengurus berpengaruh, Guus Hiddink (Chelsea) dan Rafael Benitez (Liverpool).

    Corak permainan yang dipamerkan berada pada kelas tersendiri.

    Kedua-dua pasukan mempelbagaikan rentak sepanjang tempoh perlawanan itu berlangsung.

    Hantaran pendek, gerakan satu dua, hantaran jauh, percubaan daripada luar kotak penalti, kepantasan, kesungguhan, semangat juang, semuanya dipamerkan sepanjang 90 minit perlawanan itu berlangsung.

    Menariknya, pelbagai gaya serangan dipersembahkan dan ia jarang boleh disaksikan dalam satu-satu perlawanan.

    Pada aksi di Stamford Bridge itu, pasukan yang melakukan kesilapan akan menerima padah dan itulah yang berlaku kepada tuan rumah, Chelsea pada separuh masa pertama yang turut dirasai oleh Liverpool pada separuh masa kedua.

    Apa yang mengkagumkan ialah semangat juang yang dipamerkan oleh kedua-dua pasukan yang tidak memperlihatkan tanda-tanda menyerah.
    Jaringan yang dihasilkan juga berkelas dunia dengan LAMPARD meledak dua gol di Stamford Bridge semalam. Walaupun tewas, Liverpool ada sebab untuk berbangga kerana tampil dengan aksi yang sungguh menakjubkan.

    Tanpa tonggak utama, mereka tetap menampilkan rentak cemerlang.Chelsea dilihat terlalu berhati-hati di awal permainan sehingga bolos dua kali hasil jaringan Fabio Aurelio pada minit ke-19 dan juga menerusi sepakan penalti oleh Xabi Alonso pada minit ke-28.

    Menyedari rentak yang kurang menyengat itu, Hiddink pantas melakukan percaturan baru dengan memasukkan Nicolas Anelka menggantikan Salomon Kalou.

    Kehadiran Anelka membawa impak apabila rentak permainan Chelsea mula menunjukkan perubahan.

    Peranan Michael Ballack semakin berpengaruh di bahagian tengah sambil Frank Lampard terus mengancam pertahanan Liverpool.

    Jika diberi pilihan, sudah pasti Ballack dan Lampard adalah pemain terbaik perlawanan tersebut.

    "Saya bangga kerana pemain Liverpool mempamerkan semangat juang yang tinggi.

    "Walaupun menyedari misi kami sukar di sini, tetapi kami tampil dengan semangat juang yang tinggi.

    "Secara keseluruhannya, kedua-dua pasukan telah beraksi dengan begitu hebat dan kamu boleh menilainya dengan jumlah jaringan yang dihasilkan pada perlawanan ini," kata Benitez.

    Menurut Benitez, dia memang sedih kerana Liverpool gagal melangkah ke separuh akhir tetapi semua pihak perlu menerimanya.

    "Kami tidak seharusnya tersekat pada peringkat ini kerana kami ada kualiti untuk pergi lebih jauh seperti yang dipamerkan pada perlawanan ini," katanya.

    Menurut Benitez, keyakinan Chelsea kembali memuncak selepas menjaringkan gol pertama pada permulaan separuh masa kedua menerusi Didier Drogba dan selepas itu mereka mempergunakan sepenuhnya sepakan percuma yang disempurnakan dengan baik oleh Alex.

    Selepas itu katanya, segala-galanya berubah tetapi Liverpool tetap melawan sekali gus menjaringkan dua gol pantas menerusi Lucas dan Dirk Kuyt.

    "Dua jaringan daripada Frank memusnahkan impian kami," katanya.

    Hiddink pula menyifatkan kejayaan mereka melangkah ke separuh akhir adalah hasil kerja keras yang dipamerkan oleh semua pemain.

    "Kami tampil dengan keupayaan sebenar," kata Hiddink yang akan kehilangan khidmat pertahanan kiri, Ashley Cole pada aksi separuh akhir menentang Barcelona

    pokok

    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  pokok on Thu Apr 16, 2009 6:22 am

    SIMPATI pokok kepada Liverpool dan fan The Reds. Untuk kalah dan tersingkir daripada Liga Juara-Juara selepas nyaris mencapainya, mungkin pahit sekali untuk ditelan.NamunLiverpool telah melakukan segala-galanya mendahului dengan dua gol, menjaringkan empat gol di padang lawan tetapi masih tidak mencukupi juga.

    Mungkin skuad The Red ini harus melihat kembali kepada pertemuan pertama di Anfield apabila mereka kalah 3-1.

    Walau apa pun, apa yang berlaku di Stamford Bridge semalam memang di luar dugaan dan mungkin tidak menurut skrip perancaan.Siapa yang menyangka bahawa Liverpool akan mendahului 2-0 dalam separuh masa pertama, ketinggalan 2-3 pada satu ketika sebelum bangkit mendahului 4-3 dengan perlawanan hanya tinggal tujuh minit.

    Tetapi tiba-tiba, Frank Lampard muncul dengan gol kedua beliau, menyamakan kedudukan 4-4 pada minit terakhir dan sekali gus menghancurkan impian anak didik Rafael Benitez.Kedua-dua Chelsea dan Liverpool turun tanpa kapten masing-masing atas sebab yang berlainan - John Terry kerana digantung manakala Steven Gerrard akibat kecederaan.

    Untuk mara terus ke separuh akhir di mana Barcelona menanti, Liverpool perlu menang tiga kosong. Ramai yang terfikir bahawa ia mungkin adalah di luar kemampuan anak buah Rafael Benitez.Tetapi selepas 19 minit, Fabio Aurelio memperdayakan Peter Cech untuk gol pembukaan Liverpool.

    Kemudian Xabi Alonso menghidupkan harapan Liverpool dengan penalti selepas Branislav Ivanovic dipersalahkan kerana menyekatnya. Dua kosong kepada Liverpool dan 3-3 melalui agregat. Tetapi Chelsea tetap akan mara jika keputusan berakhir sedemikian kerana pasukan pimpinan Guus Hiddink menjaringkan gol di padang lawan.

    Dari situ, nampaknya Liverpool yang lebih bersemangat dan Chelsea pula yang tidak bermaya.Namun, mungkin Hiddink menyatakan sesuatu semasa rehat untuk mengejutkan anak buahnya yang seperti tidur dalam babak pertama.

    Pada minit ke-51, Nicolas Anelka - yang menggantikan Salomon Kalou - memulakan kebangkitan Chelsea, membuat hantaran silang dari kanan untuk Didier Drogba memberikan sentuhan terakhir dengan sedikit 'bantuan' daripada penjaga gawang Liverpool, Pepe Reina. Kedudukan 2-1 kepada Liverpool, tetapi Chelsea masih 4-3 di hadapan melalui kiraan agregat.

    Setelah melepaskan gol itu, Reina kelihatan tidak selesa. Enam minit kemudian, Alex merembat gol kedua Chelsea melalui tendangan bebas yang cantik. 2-2 dan Chelsea berada 5-3 di hadapan melalui agregat.

    Pada minit ke-76, Lampard meletakkan pasukan tuan rumah 3-2 di hadapan, dan 6-3 melalui agregat.Ketika itu, siapa pun tentu sudah menjangka bahawa Liverpool akan gulung tikar.

    Tetapi mereka meneruskan perjuangan dan pada minit ke-81, Lucas menjadikan kedudukan 3-3 dan 6-4 melalui agregat apabila percubaannya terkena pemain Chelsea sebelum mencecah jaring.

    Seminit kemudian, Dirk Kuyt meletakkan Liverpool kembali 4-3 di hadapan dan 6-5 melalui agregat.Satu sahaja gol dan Liverpool akan ke separuh akhir melalui gol jaringan di padang lawan. Tetapi takdir menentukan Chelsea yang mendapat gol yang amat berharga itu, apabila Lampard menyambar bola hantaran Drogba dengan perlawanan tinggal seminit sahaja lagi.

    Kedudukan, 4-4 dan Chelsea mara terus dengan agregat 7-5.Inilah kali kedua berturut-turut Liverpool disingkirkan dari Liga Juara-Juara oleh Chelsea. Musim lalu, mereka kalah juga kepada Chelsea tetapi di peringkat separuh akhir.

    Meskipun kalah, saya tabik semangat dan permainan Liverpool

    udinthegreat01

    Posts : 31
    Join date : 2009-03-18

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  udinthegreat01 on Fri Apr 17, 2009 2:50 am

    SAY SAYONARA TO LIVERPOOL......HAHAHA.....SEE U NEXT YEAR.....HAHAHAHA.. Basketball jocolor flower afro

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    RE : The QF and SF of Champions League Draw

    Post  kumbang_aidc on Fri Apr 17, 2009 12:54 pm

    udin :-p

    detective conan

    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  detective conan on Sat Apr 18, 2009 12:25 pm

    udinthegreat01 wrote:SAY SAYONARA TO LIVERPOOL......HAHAHA.....SEE U NEXT YEAR.....HAHAHAHA.. Basketball jocolor flower afro

    amboi udin ko ni..nak kena cabai rasanya, Very Happy ....kejuaraan liga masih ada, liverpoll sedikit tidak patah semangat he he..

    udinthegreat01

    Posts : 31
    Join date : 2009-03-18

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  udinthegreat01 on Mon Apr 20, 2009 3:42 am

    HEHEHE...JANGAN MARAH BRO,TAK PER NANTI ARSENAL AKAN PASTIKAN MU KALAH PADA SECOND MATCH NANTI...
    SAJA BAGI PELUANG PADA LIVERPOOL PULAK..ARSENAL TAHUN NI SAJA NAK TEST YOUNG PLAYERS SAJER...
    ARSENAL TAK NAK PIALA BPL...TAPI NEXT SEASON........SENDIRI MAU INGAT HAAA.... flower flower flower

    Sponsored content

    Re: The QF and SF of Champions League Draw

    Post  Sponsored content Today at 3:10 pm


      Current date/time is Thu Dec 08, 2016 3:10 pm