AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    meh baca pasal bideo liwat anwar nie...

    Share

    nangkasedap

    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    meh baca pasal bideo liwat anwar nie...

    Post  nangkasedap on Sat Mar 14, 2009 12:22 pm

    BEKAS pembantu penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Encik Mohd Saiful Bukhari Azlan, kelmarin enggan mengulas mengenai penyebaran video insiden liwat membabitkan dirinya yang dikatakan tersebar di Internet.

    Dalam laman blognya kelmarin, beliau berkata selagi perbicaraan kesnya di mahkamah belum bermula, beliau tidak akan mengulas hal berkaitan kes itu.

    Katanya: 'Desas-desus wujudnya video semasa hari kejadian amat kencang sekali. Bukan sahaja di negara ini malah di negara-negara jiran seperti di Indonesia.

    'Beratus-ratus e-mel saya terima kerana mahu saya menjawab spekulasi ini,' kata Encik Mohd Saiful, 23 tahun, dalam blognya, http://mohdsaifulbukhari.blogspot.com/ yang disiarkan Khamis lalu.

    'Seperti yang saya nyatakan sebelum ini, saya tidak mahu melatah. Saya tidak dapat mendedahkan apa pun selagi perbicaraan tidak bermula,' katanya lagi.

    'Walaupun perit menahan diri daripada mendedahkan segala bukti yang ada, saya tetap bersabar kerana saya perlu menghormati mahkamah.

    'Jadi, ada video rakaman atau tidak? Sama-samalah kita tunggu 1 Julai nanti. Tak perlulah membuat sebarang spekulasi lagi,' tambahnya dalam blognya itu.

    Encik Mohd Saiful mengakhiri tulisan blognya itu dengan slogan biasanya: 'Yang HAK pasti BERDIRI, Yang BATIL pasti JATUH'.

    Datuk Seri Anwar Ibrahim, ketika kes membabitkannya itu disebut untuk ditetapkan tarikh perbicaraan di Mahkamah Tinggi di sini Rabu lalu, mengulangi pengakuan tidak bersalah atas tuduhan meliwat bekas pembantunya itu. Beliau sebaliknya menegaskan lagi bahawa pertuduhan itu satu fitnah jahat dan minta dibicarakan.

    Datuk Seri Anwar, Ahli Parlimen (AP) Permatang Pauh dan ketua pakatan pembangkang Malaysia, didakwa meliwat Encik Mohd Saiful di Kondominium Desa Damansara pada 26 Jun 2008.

    Beliau telah dibebaskan dengan ikat jamin peribadi sebanyak RM20,000 ($8,316). Kes liwatnya akan dibicarakan di Mahkamah Tinggi setelah para peguamnya gagal merayu agar perbicaraan kes itu tidak diadakan di mahkamah tersebut

      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 5:18 pm