AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


5 posters

    melayu mungkin pupus?

    pokok
    pokok


    Posts : 206
    Join date : 2009-01-02

    melayu mungkin pupus? Empty melayu mungkin pupus?

    Post  pokok Tue Mar 10, 2009 11:40 pm

    BANGI 10 Mac - Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan orang Melayu tentang kewujudan usaha radikal oleh pihak-pihak tertentu untuk mengubah resipi kekuatan bangsa Melayu.

    Baginda bertitah, resipi yang mahu diubah itu terdiri daripada faktor-faktor agama, bahasa dan budaya di bawah naungan dan perlindungan raja-raja Melayu serta termaktub dalam Perlembagaan.

    Baginda menegaskan, dalam konteks bangsa Melayu di negara ini, resipi kekuatan itu merujuk kepada elemen utama penyatuan dan kekuatan bangsa.

    "Hari ini telah timbul usaha-usaha radikal daripada kalangan yang tidak mendalami muslihat di sebalik yang tersirat yang mahu mengubah resipi tersebut,'' titah baginda.

    Raja Nazrin bertitah demikian ketika melancarkan buku The Malays karya ahli akademik Australian National University, Prof. Anthony Milner di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) di sini hari ini.

    Raja Muda Perak bertitah, keterusan hidup atau survival Melayu sebagai satu bangsa bergantung beberapa faktor yang selama ini memberikannya identiti dalam bentuk agama, bahasa dan budaya.

    Titah baginda, ia termasuk budaya bernegara dan berkerajaan yang berpegang kepada prinsip rakyat beraja dan negeri bersultan.

    Baginda bertitah, betapa malangnya bangsa apabila berlakunya tindakan yang mahu menghapuskan tradisi dan meruntuhkan institusi Melayu.

    "Betapa terancam survival bangsa apabila tradisi dan institusi tidak lagi dihormati dan disifatkan sebagai antitesis kepada pemikiran rasional, permodenan dan sains.

    "Betapa malangnya apabila generasi yang cetek terhadap latar belakang sejarah mengaitkan tradisi sebagai amalan jahiliah, tahyul dan dogmatik," titah baginda.

    Raja Nazrin bertitah, dalam mengharungi gelombang globalisasi dan menghadapi dinamik politik yang sedang melanda, bangsa Melayu kini di persimpangan jalan dan menghadapi dua kemungkinan.

    Titah baginda, kemungkinan pertama ialah bangsa Melayu akan terus bertahan, berkembang dan kuat serta dihormati dan diiktiraf sebagai rumpun bangsa yang agung di dunia global.

    Kemungkinan kedua, titah baginda, ialah bangsa Melayu hanyut dalam gelombang globalisasi, menjadi lemah kerana akar budaya dan tradisinya telah dicabut malah pemikiran, gaya hidup dan nilai-nilai budaya bangsa makin disisihkan.

    Sehingga akhirnya, baginda bertitah, Melayu itu akan pupus dan tinggal sebagai nama dan cerita yang terkandung dalam hikayat-hikayat lama.

    Pada ketika itu, Raja Nazrin bertitah, tiada lagi minat untuk dilakukan kajian sosiopolitik dan sosioekonomi bangsa Melayu secara dinamik.

    Baginda bertitah, kalau masih ada pun yang berminat mengkaji bangsa Melayu, ia mungkin terbatas kepada sejarah kejatuhan atau lebih tertumpu kepada aspek antropologi dan arkeologi bangsa Melayu yang hanya tinggal dalam sejarah.

    "Untuk itu, perlulah bangsa mengambil renungan akan kisah kebodohan Pak Kadok, memiliki ayam sabung yang hebat lalu dipermainkan oleh pihak lawan.

    "Akhirnya Pak Kadok menyerahkan ayam sabung kepada lawan, Pak Kadok sekadar bersorak menang sabung sedangkan kampungnya telah digadai," titah baginda

    Oleh NOR ZAINAH NORDIN
    zainah.din@utusan.com.my
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    melayu mungkin pupus? Empty Re: melayu mungkin pupus?

    Post  bunga Wed Mar 11, 2009 7:37 am

    ~ another reason is by mix-marriage!! Very Happy

    ~ mula2 jadi half + half

    ~ lepas tuh tinggal a quarter

    ~ then next generation, pupus terus kemelayuan dan tinggal hanya dalam kenangan

    as history ~ ancestor!!

    p/s unless kawen semula dgn keturunan Melayu...hehhehe Laughing
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    melayu mungkin pupus? Empty Re: melayu mungkin pupus?

    Post  teruna desa Wed Mar 11, 2009 8:37 pm

    ala apa nak heran, orang melayu skang pun dah tak bangga mereka Melayu pun..
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    melayu mungkin pupus? Empty Re: melayu mungkin pupus?

    Post  bunga Wed Mar 11, 2009 9:04 pm

    teruna desa wrote:ala apa nak heran, orang melayu skang pun dah tak bangga mereka Melayu pun..

    emmm maybe ada kebenaran apa yg anda cakap tuh Exclamation

    Kalau setakat tuh xpe lagi tapi ada jugak Melayu Islam yang berbangga dengan kehidupan liberal ala2 barat ~ darisegi sosial/agama..
    kumbang_aidc
    kumbang_aidc


    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    melayu mungkin pupus? Empty Re : melayu mungkin pupus?

    Post  kumbang_aidc Wed Mar 11, 2009 11:22 pm

    Perkahwinan campur bukan masalah..
    Melayu itu banyak elemennya.
    Biar pun kita ada 1 peratus darah melayu, tapi jika semangat melayu tetap ada. Orang itu akan kekal melayu.

    Bahasa menunjukkan bangsa.

    Kumbang terjumpa dengan seorang warga negara Belanda. Namanya, rupanya kalau kita lihat, pasti kita akan gelar beliau sebagai mat salleh.

    Tapi apa bila dia bersuara dan bertutur dalam bahasa melayu. Adab sopannya persis orang melayu.

    Percayalah melayu tak akan pupus, cuma persoalannya adakah tamadun melayu itu akan kekal atau kembali dijajah.

    Takkan melayu hilang di dunia. Tapi Kuasa akan hilang kalau tak dijaga.

    Fikir-fikirkan...
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    melayu mungkin pupus? Empty Re: melayu mungkin pupus?

    Post  bunga Thu Mar 12, 2009 9:35 am

    kumbang_aidc wrote:Perkahwinan campur bukan masalah..
    Melayu itu banyak elemennya.
    Biar pun kita ada 1 peratus darah melayu, tapi jika semangat melayu tetap ada. Orang itu akan kekal melayu.

    Bahasa menunjukkan bangsa.

    Kumbang terjumpa dengan seorang warga negara Belanda. Namanya, rupanya kalau kita lihat, pasti kita akan gelar beliau sebagai mat salleh.

    Tapi apa bila dia bersuara dan bertutur dalam bahasa melayu. Adab sopannya persis orang melayu.

    Percayalah melayu tak akan pupus, cuma persoalannya adakah tamadun melayu itu akan kekal atau kembali dijajah.


    Takkan melayu hilang di dunia. Tapi Kuasa akan hilang kalau tak dijaga.

    Fikir-fikirkan...

    hehhehhe akan jadi masaalah bila Melayu lebih barat dari yang barat, rite kumbang?

    me ~ masih suka budaya Melayu tanpa membantah arus kemodenan barat Very Happy
    ManJonG
    ManJonG


    Posts : 58
    Join date : 2009-02-06

    melayu mungkin pupus? Empty Re: melayu mungkin pupus?

    Post  ManJonG Thu Mar 12, 2009 10:24 am

    selagi ada ManJonG dan keturunannya..
    xkan melayu hilang di dunia..
    ahaks~~

    Sponsored content


    melayu mungkin pupus? Empty Re: melayu mungkin pupus?

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 9:29 pm