AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


    PANAS, Liverpool pasukan paling Power

    Share

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

    Post  bunga on Fri Mar 20, 2009 3:56 pm

    detective conan wrote:Steven Gerrard berpendapat pasukan-pasukan seperti Manchester United, Chelsea dan juga Arsenal pasti khuatir jika di kalangan mereka dijodohkan menentang Liverpool dalam peringkat suku akhir pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.

    Undian peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini akan dibuat di Nyon, Switzerland, hari ini.

    Liverpool memberikan semacam peringatan kepada pasukan-pasukan yang melayakkan diri ke peringkat suku akhir dengan membelasah Real Madrid dari Sepanyol 4-0 dan kemudian menewaskan johan bertahan, Manchester United, 4-1 dalam Liga Perdana England.

    Kini, kapten pasukan Liverpool itu yakin pasukan-pasukan yang bakal bertanding dalam peringkat suku akhir pasti bimbang jika mereka diundi menentang pasukan dari Anfield itu nanti.

    Kejayaan Liverpool membelasah Real, juara Eropah sebanyak sembilan kali, 4-0 telah menggemparkan banyak pasukan di Eropah - lebih-lebih lagi, Real sedang menunjukkan persembahan yang mantap dalam Liga Primera Sepanyol tetapi kekalahan itu merupakan paling teruk dalam pertandingan ini.

    Justeru, Gerrard berpendapat tiada pasukan yang berminat mahu menentang Liverpool dalam peringkat suku akhir nanti.

    Bagaimanapun, Liverpool tidak dianggap sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan ini.

    Barcelona dari Sepanyol, yang bertaburan dengan pemain berkualiti seperti Lionel Messi, Thierry Henry dan Samuel Eto'o, menjadi pilihan dengan johan bertahan, Manchester United, pilihan kedua dan Chelsea, pilihan ketiga.

    'Jika anda tanya saya mengenai faktor gerun dalam Liga Juara-Juara Eropah, saya fikir tujuh pasukan lain pasti bimbang jika salah satu daripada pasukan itu menentang kami.

    'Tetapi apa jua kesudahan undian itu nanti, pasukan itu pasti akan menentang kami sama ada dalam peringkat separuh akhir atau final.

    'Kami tidak khuatir dengan mana-mana pasukan. Kami sedia menentang mereka dan kami yakin Liverpool akan melangkah jauh dalam pertandingan ini.

    'Jika kami boleh memilih seteru kami, kami ingin menentang pasukan seperti Villarreal atau Porto.

    'Tetapi pada peringkat pertandingan ini, tiada pasukan yang boleh dianggap lemah. Setiap pasukan yang telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir telah mencapai kejayaan yang baik.

    'Namun begitu, kami telah membuktikan bahawa kami adalah pasukan yang wajar diberikan perhatian,' Gerrard memberitahu.

    Gerrard, yang muncul buat kali ke-100 dalam pertandingan ini apabila Liverpool menentang Real, telah menjaringkan tujuh gol.

    Bahkan, Gerrard menjadi penjaring utama pertandingan ini bersama dengan Miroslav Klose dari Bayern Munich.


    hehhehe, sounds funny when Gerrard speaks in Malay,lolz! Laughing

    nangkasedap

    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

    Post  nangkasedap on Wed Apr 08, 2009 7:33 am

    BUAT ketika ini rentak permainan Liverpool cukup kemas dan menarik.

    Namun, kemenangan tipis ke atas Fulham kelmarin membuat pemerhati mempunyai pandangan berbeza.

    Justeru, pertemuan dengan Chelsea dalam suku akhir pertama Liga Juara-Juara Eropah di Anfield awal pagi esok menjadi ujian paling getir buat anak didik Rafael Benitez, lebih-lebih lagi kerana lawannya bukan lagi Chelsea yang lalu.

    Ini kerana Chelsea kini mendapat sentuhan Guus Hiddink, seorang jurulatih yang dikatakan paling berwibawa dan memiliki perancangan bijak untuk membenam pasukan lawan.

    Keupayaannya meningkatkan semula sentuhan berbisa Didier Drogba sebagai penjaring merupakan suatu tanda yang tidak dapat ditolak.

    Tetapi gandingan Fernando Torres bersama kaptennya, Steven Gerrard, turut dilihat sebagi mampu memberi sedikit kelebihan kepada Liverpool.

    Ini bukan kerana mereka beraksi di padang sendiri sebab Anfield terbukti bukan lagi padang ajaib buat Liverpool, sebaliknya kombinasi Gerrard dan Torres yang boleh disifatkan sebagai berbisa.

    Malah, kapten John Terry, tunggak pertahanan Chelsea, turut mendedahkan bahawa beliau bimbang dengan kebangkitan Gerrard.

    'Buat masa ini, Steven berada pada tahap persembahan yang tinggi dan beliau antara pemain terbaik dunia,' jelas Terry.

    'Inilah yang membuat saya bimbang dan kami pula berdepan dengan pasukannya pada ketika beliau berada di kemuncak persembahannya.'

    Berdasarkan pada kenyataan itu, dari sudut psikologi, Chelsea mungkin sudah berada satu tahap di bawah Liverpool.

    Kerana itu juga Gerrard dan Torres perlu memanfaatkan peluang ini dan tidak mensesiakannya seperti ketika berdepan Fulham.

    Bagi Torres, perebutan mahkota Liga Perdana kian hangat dan penting tetapi memenangi mahkota Liga Juara-Juara bakal membuktikan Liverpool adalah yang terbaik di Eropah.

    'Inilah bezanya,' kata Torres, yang dipetik dalam laman web Liverpool.

    'Liverpool memiliki rekod cemerlang dalam Liga Juara-Juara, tentunya lebih manis jika saya menjadi sebahagian daripada sejarah kejayaan tersebut.'

    Pertarungan ini adalah kali kesembilan bagi kedua-dua pasukan itu dalam lima musim Liga Juara-Juara.

    Yang jelas, keputusan pertembungan antara mereka tidak pernah berkesudahan dengan jaringan gol besar.

    Maka tidak menghairankan andainya pertarungan ini juga bakal berkesudahan dengan keputusan yang sama.

    Jika Liverpool bergantung pada gandingan Gerrard dan Torres, Frank Lampard juga perlu menjadi pemain yang perlu diberi perhatian menyusuli kejayaannya menyumbat gol ketika membenam Newcastle United.

    Namun, keupayaan Gerrard memimpin Liverpool membenam Real Madrid dan Manchester United pastinya membuat Chelsea berfikir dua kali untuk mengasak kubu tuan rumah.

    Justeru, mampukah Liverpool meneruskan persembahan terbaiknya dalam Liga Juara-Juara?

    Itulah pertanyaan yang perlu dijawab sendiri oleh Gerrard dan rakan-rakannya.

    kumbang_aidc

    Posts : 133
    Join date : 2009-01-02

    Re : PANAS, Liverpool pasukan paling Power

    Post  kumbang_aidc on Sat Apr 11, 2009 7:31 am

    walaupun tewas 3-1, Liverpool tetap pasukan paling power kerana kemenangan liverpool ditangguhkan pada minggu depan harap dapat bersabar hehe

    bunga

    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

    Post  bunga on Wed Apr 15, 2009 7:22 pm

    kumbang_aidc wrote:walaupun tewas 3-1, Liverpool tetap pasukan paling power kerana kemenangan liverpool ditangguhkan pada minggu depan harap dapat bersabar hehe

    tehehhehhe~~~sayonara Liverpool,tata-daaaa, for this season EUCL~~RIP!!! Very Happy Very Happy Basketball Basketball

    apahallu

    Posts : 90
    Join date : 2009-02-19

    Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

    Post  apahallu on Wed May 06, 2009 3:51 am

    tahniah la kepada liverfool kerana berjaya menundukkan MU 3-1 di old trafford dan menjaringkan 4gol di stamford bridge...juga tidak dilupakan kerana berjaya menjinakkan real madrid 4-0 di anfield..tahniah kerana itu sahajalah kejayaan liverfool musim ini..tahniah sekali lagi diucapkan...memang liverfool pasukan yang power...kalo ade trofi untuk pasukan yang paling power tanpa piala,pasti ia menjadi milik liverfool..tahniah sekali lagi...hahahaha...

    nangkasedap

    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    CHELSEA PUN OUT...HE HE

    Post  nangkasedap on Thu May 07, 2009 2:39 am

    udah -uDAH LE.... BARCA YANG KE FINAL HE HE...

    LONDON 7 Mei - Barcelona menempah tiket ke final Liga Juara-Juara Eropah selepas Andres Iniesta berjaya menjaringkan gol pada lewat perlawanan bagi menyingkirkan Chelsea di Stadium Stamford Bridge, awal pagi ini.

    Keputusan 1-1 selepas kedua-dua pasukan seri tanpa jaringan pada perlawanan pertama sebelum ini membolehkan Barcelona layak ke final dengan kelebihan jaringan di tempat lawan.

    Barcelona akan bertemu penyandang juara, Manchester United di perlawanan akhir di Rom, Itali pada 27 Mei ini.

    Sponsored content

    Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

    Post  Sponsored content Today at 9:14 am


      Current date/time is Sun Dec 04, 2016 9:14 am