AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


+2
detective conan
nangkasedap
6 posters

    malaysia Amal apartheid-

    nangkasedap
    nangkasedap


    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    malaysia Amal apartheid- Empty malaysia Amal apartheid-

    Post  nangkasedap Sun Mar 01, 2009 2:22 am

    betul ke malaysia amal apartheid?
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    malaysia Amal apartheid- Empty Re: malaysia Amal apartheid-

    Post  detective conan Mon Mar 02, 2009 9:56 am

    KOTA KINABALU 1 Mac – Kenyataan Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, Dr. Boo Cheng Hau yang menyamakan amalan ‘bumiputeraisme’ dengan dasar aparteid adalah berniat jahat dan cuba membangkitkan semangat perkauman di negara ini.

    Naib Presiden UMNO, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kenyataan seperti itu tidak wajar dikeluarkan oleh seorang wakil rakyat kerana mampu menimbulkan sentimen perkauman yang boleh merosakkan keharmonian negara.

    Katanya, kenyataan itu juga menunjukkan dasar DAP yang sering membangkitkan perkauman sempit tanpa mengambil kira situasi politik dan sejarah negara.

    “Ini menunjukkan wakil rakyat ini langsung tidak faham sejarah, langsung tidak mengenali sejarah dan tidak faham situasi kedudukan di Malaysia dibandingkan dengan negara-negara lain.

    “Saya fikir ini satu perbuatan yang berniat jahat membangkitkan semangat perkauman yang saya anggap cukup bahaya kerana boleh mencetuskan keadaan ketidaktentuan dalam masyarakat,” katanya.

    Beliau berkata demikian pada majlis pertemuan dan ramah mesra calon Majlis Tertinggi UMNO/Wanita UMNO bersama perwakilan UMNO Sabah di sini hari ini.

    Menurutnya, di Malaysia, sudah pun termaktub dalam perlembagaan kedudukan dan hak istimewa orang Melayu dan kaum bumiputera yang tidak harus dipertikaikan.

    Katanya, dasar yang ada di negara ini seperti Dasar Ekonomi Baru tidak pernah mengabaikan kaum lain.

    Katanya, ini jelas kerana kaum lain turut mendapat layanan dan tempat istimewa serta terbukti mendapat kekayaan yang amat besar peratusannya berbanding bumiputera.

    “Kalau kita lihat sejarahnya dahulu sampai sekarang, kita sudah mencapai dan mencipta banyak kejayaan dalam setiap kaum, cuma kedudukan bumiputera itu istimewanya ialah kerana kita jauh ketinggalan di belakang.

    “Kita tidak ada menguasai ekonomi sebagai mana yang bukan Melayu ataupun bukan bumiputera, maka itu kita ada dasar ekonomi baru,” tegas beliau.

    Katanya lagi, beliau berharap wakil rakyat berkenaan memahami dan menyedari kedudukan sebenar sejarah dan situasi negara dengan tidak membangkitkan lagi perkara berbaur perkauman sempit seperti itu.
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    malaysia Amal apartheid- Empty Re: malaysia Amal apartheid-

    Post  bunga Tue Mar 03, 2009 11:50 am

    nangkasedap wrote:betul ke malaysia amal apartheid?

    ~ wow ~ dasyatnya tuduhan tersebut!!

    ~ is that bad in Msia? I don't think so....

    ~ sehingga ada public premisses khas antara bangsa2 diMsia ie one for Malays,Chinese,Indians and others, otherwise sia2lah dasar apartheid Mad
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    malaysia Amal apartheid- Empty Re: malaysia Amal apartheid-

    Post  teruna desa Tue Mar 03, 2009 12:21 pm

    kalau betul malaysia aprtheid, orang bukan melayu takleh mengundi pun...skang orang bukan melayu dapat hak apa yang orag melayu dapat....malah banyak benda mereka sertai, rasanya orang melayu yang dipingirkan dalam pemilihan krja kat company cina...
    mirP.J
    mirP.J


    Posts : 5
    Join date : 2009-01-02

    malaysia Amal apartheid- Empty memang betul la... malaysia amalkan apartheid...

    Post  mirP.J Thu Mar 12, 2009 2:46 am

    tapi bukan orang melayu...

    ini contoh ye..

    clerk
    spm holder
    18years old
    malaysian

    chinese only?

    what the heck dude?
    ManJonG
    ManJonG


    Posts : 58
    Join date : 2009-02-06

    malaysia Amal apartheid- Empty Re: malaysia Amal apartheid-

    Post  ManJonG Thu Mar 12, 2009 10:28 am

    lebih baik amal apartheid!!!
    baru la tanah melayu o.O
    haha..

    racistnye aku~~~

    Sponsored content


    malaysia Amal apartheid- Empty Re: malaysia Amal apartheid-

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Fri Apr 19, 2024 12:17 pm