AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


2 posters

    Speaker Perak perlu dapat kelulusan DUN terlebih dahulu - karpal singh

    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Speaker Perak perlu dapat kelulusan DUN terlebih dahulu - karpal singh Empty Speaker Perak perlu dapat kelulusan DUN terlebih dahulu - karpal singh

    Post  ultraman Fri Feb 20, 2009 6:32 am

    KUALA LUMPUR: Pengerusi DAP, Karpal Singh berkata Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak perlu mendapat kelulusan DUN terlebih dahulu sebelum menggantung Menteri Besar Datuk Dr Zambry Abdul Kadir dan enam anggota exco kerajaan negeri daripada menghadiri persidangan DUN.


    Beliau berkata Speaker V. Sivakumar sepatutnya memanggil persidangan DUN bagi membolehkan keputusan menggantung itu dibahas dan kemudian dibuat undian.


    "Mengikut perlembagaan negeri Perak, apabila DUN tidak bersidang, Speaker boleh merujuk sebarang aduan kepada jawatankuasa hak dan kebebasan yang diketuainya.


    "Sekiranya beliau mendapati ada kes prima facie, sebarang dapatan dan keputusan mesti dirujuk kepada DUN. Ini pada pandangan saya, bermakna Speaker perlu merujuk perkara ini kepada DUN untuk dibahas dan diluluskan," katanya.


    Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu berkata, kes ini adalah seperti ketika beliau digantung daripada menghadiri persidangan Dewan Rakyat pada 2004, setelah dituduh cuba menyeleweng fakta kepada Dewan, apabila berkata Anggota Parlimen mesti mengangkat tangan kanan ketika mengangkat sumpah jawatan.


    "Jawatankuasa Hak dan Kebebasan Dewan Rakyat kemudiannya membuat keputusan menggantung saya selama enam bulan. Ini dilakukan selepas perkara itu dikemukakan kepada Dewan Rakyat, dibahas dan dibuat keputusan," katanya.


    Timbalan Speaker Dewan Rakyat, Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar juga berkata Sivakumar silap apabila mengumumkan keputusan jawatankuasa itu menggantung Menteri Besar dan enam exco kerajaan negeri.


    Beliau berkata Sivakumar sepatutnya merahsiakan perkara itu sehingga DUN bersidang.


    Beliau juga berkata jumlah keahlian jawatankuasa itu adalah tidak tepat.


    "Ia lima berbanding satu selepas 8 Mac. Tetapi pada 2009, ia berbeza. Sekurang-kurangnya ia sepatutnya empat berbanding dua, bagi menggambarkan jumlah wakil daripada parti yang menguasai DUN sekarang," katanya. Timbalan Presiden Gerakan, Datuk Chang Ko Youn yang juga Pengerusi Gerakan Perak, berkata cara terbaik bagi menyelesaikan isu ini ialah menerusi mahkamah.


    Ini berikutan bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin telah membawa ke mahkamah untuk mempertikaian kesahihan kerajaan negeri yang baru.


    Beberapa ahli politik pembangkang turut tidak bersetuju dengan tindakan Sivakumar. "Ia lebih kepada tindakan sorang peguam atau ahli politik. Saya bimbang ia akan memberi kesan timbal balik kepada kami terutama oleh pengundi Melayu," kata seorang Wakil Rakyat DAP.


    Seorang Wakil Rakyat Parti Keadilan Rakyat bersetuju dengan pendapatnya. "Anda tidak boleh melakukan seperti ini. Biar mahkamah yang menentukan," kata beliau.


    Tetapi Naib Pengerusi DAP, Chong Chieng Jien berkata keputusan Speaker tidak boleh dipersoalkan.


    Beliau yang juga Anggota Parlimen Bandar Kuching berkata perkara itu juga tidak boleh dibawa ke mahkamah kerana ia akan membuka lebih banyak kes dibawa ke mahkamah.BERNAMA
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Speaker Perak perlu dapat kelulusan DUN terlebih dahulu - karpal singh Empty Re: Speaker Perak perlu dapat kelulusan DUN terlebih dahulu - karpal singh

    Post  detective conan Sat Feb 21, 2009 12:15 am

    politik perak conan lihat cam tempoyak, baunyer sampai skang tak habis habis..

      Current date/time is Thu Mar 28, 2024 2:16 pm