AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


3 posters

    Anwar dituduh peliwat

    avatar
    rakyat2biasa


    Posts : 12
    Join date : 2009-02-02

    Anwar dituduh peliwat Empty Anwar dituduh peliwat

    Post  rakyat2biasa Thu Feb 12, 2009 2:39 pm

    Mahkamah bebaskan Anwar -- Panel hakim ketepikan hukuman penjara sembilan tahun dengan majoriti 2-1
    Oleh: KAMARIAH AHMAD dan NORAZLITA MOHD. SIES

    ANWAR Ibrahim yang dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan semalam bersama-sama Wan Azizah Wan Ismail meninggalkan kediaman bapa mentuanya di Country Heights, Kajang untuk kembali ke rumah mereka di Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
    --------------------------------------------------------------------------------



    PUTRAJAYA 2 Sept. - Datuk Seri Anwar Ibrahim yang hampir enam tahun menjalani hukuman penjara hari ini dibebaskan oleh Mahkamah Persekutuan di sini apabila rayuannya dibenarkan bagi mengetepikan sabitan kesalahan meliwat.

    Keputusan itu bermakna Anwar telah bebas daripada hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada tahun 2000 atas kesalahan tersebut.

    Adik angkatnya, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja juga dibebaskan daripada sabitan dan hukuman kes liwat.

    Sebelum ini, Anwar, 57, telah pun menjalani hukuman penjara empat tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi pada 14 April 1999 selepas mendapati bersalah atas empat tuduhan rasuah berhubung penyalahgunaan kuasa dengan campur tangan dalam penyiasatan polis terhadap dakwaan salah laku seksual.

    Dia sepatutnya dipenjara enam tahun, tetapi tempoh hukuman itu dikurangkan setelah berkelakuan baik.

    Anwar berada di penjara sementara menunggu keputusan akhir rayuan Mahkamah Persekutuan berhubung pensabitannya dalam kes liwat sehingga dibebaskan hari ini, iaitu genap enam tahun beliau dipecat daripada Kabinet.

    Sejurus penghakiman hari ini selesai dibacakan, Anwar yang duduk di kandang perayu bersama Sukma, berkata: ``Yang Arif, terima kasih banyak, semoga Tuhan merestui anda. Itu saja yang ingin saya katakan.''

    Di luar mahkamah, bekas Timbalan Perdana Menteri itu memberitahu pemberita: ``Syukur kepada Allah kerana semuanya sudah berakhir. Tetapi saya kekal komited dengan perjuangan saya bagi keadilan.

    ``Saya juga ingin menyuarakan penghargaan saya kepada Perdana Menteri.''

    Pada sidang akhbar di kediamannya di Bukit Damansara, Kuala Lumpur, Anwar berkata, pembebasannya merupakan satu permulaan yang baik ke arah sistem keadilan yang lebih berwibawa.

    Katanya, rancangan seterusnya ialah untuk mendapatkan rawatan di luar negara.

    ``Saya berharap mendapatkan dokumen perjalanan dan boleh berangkat esok,'' katanya.

    Sejurus selepas Mahkamah Persekutuan membebaskan Anwar, beliau dan isteri Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail singgah di rumah mentuanya, Datuk Dr. Wan Ismail Wan Mahmud di Country Heights, Kajang, sebelum pulang ke rumahnya di Bukit Damansara.

    Panel tiga hakim membuat keputusan majoriti 2-1 membenarkan rayuan Anwar dan Sukma untuk mengetepikan sabitan dan hukuman atas tuduhan meliwat bekas pemandu keluarga, Azizan Abu Bakar.

    Anwar telah disabitkan dan dijatuhkan hukuman penjara sembilan tahun oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur setelah didapati bersalah atas tuduhan meliwat Azizan. Hukuman itu diputuskan oleh Hakim Datuk Arifin Jaka (kini Hakim Mahkamah Rayuan) pada 8 Ogos 2000.

    Sukma, 43, pula dihukum penjara enam tahun dan sebatan empat kali kerana didapati bersalah bersubahat dengan Anwar dan meliwat Azizan.

    Hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Hamid Mohamad dan Hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Tengku Baharudin Shah Tengku Mahmud memutuskan membenarkan rayuan tersebut.

    Hakim Mahkamah Persekutuan, Datin Paduka Rahmah Hussain pula membuat keputusan menentang rayuan Anwar dan Sukma.

    Hakim Abdul Hamid yang mengetuai sidang yang mengumumkan keputusan majoriti tersebut, bagaimanapun mengingatkan orang awam supaya membaca terlebih dahulu keseluruhan alasan penghakiman sebelum membuat sebarang komen.

    (Penghakiman penuh rayuan ini dimuatkan dalam laman web: www.kehakiman.gov.my/)

    Seorang peguam belanya, Karpal Singh turut mengucapkan terima kasih kepada kedua-dua hakim yang membuat keputusan majoriti membenarkan rayuan Anwar.

    Namun, Hakim Abdul Hamid berkata, begitulah jika keputusan memihak kepada perayu.

    Sementara itu, peguam S. N. Nair memberitahu pemberita, pihaknya memfailkan satu usul tambahan hari ini berhubung permohonan Anwar untuk mengkaji semula keputusan mahkamah yang mengekalkan perintah hukuman penjara enam tahun atas empat pertuduhan rasuah menyalah guna kuasa di bawah Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) 1970.

    Permohonan itu akan didengar oleh Mahkamah Persekutuan di sini pada 6 September ini.

    Tempoh hukuman penjara terhadap Anwar dalam kes itu sudah selesai setelah beliau menjalani dua pertiga daripada hukuman dengan berkelakuan baik.

    Dalam rayuan itu, Peguam Negara Tan Sri Abdul Gani Patail mengetuai barisan mewakili pendakwa raya yang dinamakan sebagai responden. Turut mewakili responden ialah Timbalan Kanan Pendakwa Raya, Datuk Mohd. Yusof Zainal Abiden, Timbalan-Timbalan Pendakwa Raya, Tun Abdul Majid Tun Hamzah dan Ishak Mohd. Yusof.

    Anwar pula turut diwakili oleh peguam Christopher Fernando, Gurbachan Singh, Pawancheek Marican, Kamar Ainiah Kamaruzaman, Zulkifli Nordin, Marisa Regina dan Saiful Izham Ramli.

    Tiga anak Karpal Singh pula, Jagdeep Singh Deo, Gobind Singh Deo dan Ramkarpal Singh Deo mewakili Sukma.


    Pada prosiding yang bermula kira-kira pukul 9 pagi ini, Hakim Abdul Hamid membacakan alasan penghakiman setebal 88 muka surat yang diputuskan oleh beliau bersama Hakim Tengku Baharudin.

    Hakim Rahmah kemudian membaca alasan penghakimannya setebal 35 muka surat menentang rayuan tersebut.

    http://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2004&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htmhttp://www.utusan.com.my/utusan/arkib.asp?y=2004&dt=0903&pub=Utusan_Malaysia&sec=Muka_Hadapan&pg=mh_01.htm
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Anwar dituduh peliwat Empty Re: Anwar dituduh peliwat

    Post  detective conan Thu Feb 12, 2009 2:47 pm

    ini membuktikan anwar bersih ker?
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Anwar dituduh peliwat Empty Re: Anwar dituduh peliwat

    Post  detective conan Thu Feb 12, 2009 2:48 pm

    bagaimana dengan rasuah adakah dia lakukan?
    avatar
    rakyat2biasa


    Posts : 12
    Join date : 2009-02-02

    Anwar dituduh peliwat Empty Pendakwa gugur lima pertuduhan terhadap Anwar

    Post  rakyat2biasa Thu Feb 12, 2009 2:53 pm

    Utusan Malaysia 12 Mei 2001

    --------------------------------------------------------------------------------

    Pendakwa gugur lima pertuduhan terhadap Anwar
    KUALA LUMPUR 12 Mei - Pihak pendakwaan hari ini menggugurkan lima pertuduhan terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang membabitkan empat kes liwat dan satu kes rasuah di Mahkamah Tinggi.

    Pengguguran itu dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Azahar Abdul Hamid ketika mahkamah bersidang di bilik mesyuarat pentadbiran Penjara Sungai Buloh di sini hari ini.

    Bagaimanapun, Azahar tidak menyatakan apa-apa alasan atau sebab pengguguran pertuduhan terhadap Anwar.

    Hakim Datuk S. Augustine Paul yang mendengar kes itu memerintahkan supaya Anwar, 53, dilepas dan dibebaskan daripada semua pertuduhan terbabit.

    Anwar hadir pada prosiding itu yang mengambil masa beberapa minit.

    Anwar kini menjalani hukuman penjara enam tahun atas empat kesalahan rasuah kerana campur tangan dalam penyiasatan polis mengenai dakwaan salah laku seksual terhadapnya, yang membawa kepada pemecatannya daripada kabinet pada 2 September, 1998.

    Beliau juga didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos tahun lalu kerana meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, dan dijatuhi hukuman penjara sembilan tahun.

    Hakim Datuk Arifin Jaka yang mendengar kes itu memerintahkan Anwar menjalani hukuman itu selepas tamat tempoh hukuman penjara enam tahunnya sekarang.

    Dua daripada tuduhan liwat terhadap Anwar yang digugurkan hari ini membabitkan Anwar; adik angkatnya kelahiran Indonesia, Sukma Darmawan Sasmitaat Madja; dan bekas penulis ucapannya warga Pakistan, Dr Munawar Aness - kedua-duanya telah dijatuhi hukuman penjara masing-masing enam bulan pada 19 September, 1998 selepas mengaku bersalah membenarkan Anwar meliwat mereka.

    Dua lagi tuduhan liwat melibatkan seorang bernama Hairany Mohamed Naffis dan pereka fesyen, Mior Abdul Razak Yahya.

    Tuduhan rasuah yang digugurkan hari ini mendakwa Anwar menggunakan kedudukannya untuk menghalang Badan Pencegah Rasuah (BPR) daripada meneruskan penyiasatan melibatkan bekas setiausaha sulitnya, Mohamed Azmin Ali.

    Sementara itu, isteri Anwar yang juga presiden Parti Keadilan Nasional, Wan Azizah memberitahu media bahawa beliau bersyukur dengan keputusan hari ini.

    Bagaimanapun, beliau tidak berpuas hati terhadap kelewatan Hakim Arifin menyampaikan alasan penghakimannya dalam kes liwat Anwar yang telah disabitkan sembilan bulan lalu. - Bernama

    http://members.tripod.com/skypin/jenka/jenka75.html

    http://members.tripod.com/skypin/jenka/jenka75.html
    detective conan
    detective conan


    Posts : 291
    Join date : 2009-01-14

    Anwar dituduh peliwat Empty Re: Anwar dituduh peliwat

    Post  detective conan Thu Feb 12, 2009 2:58 pm

    siapa yang tipu siapa skang? rakyat malaysia kena tipu kat anwar ? atau anwar sedang menipu rakyat mesia...
    avatar
    rakyat2biasa


    Posts : 12
    Join date : 2009-02-02

    Anwar dituduh peliwat Empty Keputusan rayuan akhir kes liwat Anwar pada 28 Ogos

    Post  rakyat2biasa Thu Feb 12, 2009 3:03 pm

    Mahkamah Persekutuan di Putrajaya Isnin menetapkan 28 Ogos bagi keputusan rayuan akhir oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim dan adik angkatnya Sukma Sasmitaat Madja terhadap sabitan dan hukuman mereka bagi kesalahan liwat.

    Seorang daripada peguam bela Anwar, S. N. Nair, berkata beliau dimaklumkan mengenai tarikh itu oleh Mahkamah Persekutuan hari ini.

    Pada awalnya Mahkamah Persekutuan menetapkan 22 Julai untuk menyampaikan keputusannya mengenai rayuan itu tetapi kemudiannya menangguhkannnya kepada satu tarikh lain yang akan ditetapkan.

    Pada 20 Mei lepas, panel tiga anggota terdiri daripada Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan Datuk Abdul Hamid Mohamed dan Datin Paduka Rahmah Hussain dan Hakim Mahkamah Rayuan Tengku Datuk Baharuddin Shah Tengku Mahmud menangguhkan penghakiman bagi rayuan itu selepas pihak pendakwaan dan pembelaan selesai menyampaikan hujah masing-masing.

    Anwar dan Sukma Darmawan merayu terhadap sabitan dan hukuman mereka yang diputuskan oleh Mahkamah Tinggi pada 8 Ogos, 2000.

    Anwar dihukum penjara sembilan tahun dan Sukma Darmawan, penjara enam tahun dan empat sebatan dengan rotan.

    Mereka didapati bersalah meliwat Azizan Abu Bakar, bekas pemandu isteri Anwar, di apartmen Sukma Darmawan di Tivoli Villa, Bangsar, pada 7.45 malam antara Januari dan Mac 1993.

    Pada 21 Jan tahun ini, Mahkamah Rayuan menolak permohonan mereka untuk menyemak semula keputusannya pada 18 April tahun lepas yang menolak rayuan mereka terhadap sabitan dan hukuman itu.

    Pada hari yang sama, Mahkamah Rayuan juga menolak permohonan mereka untuk diikat jamin dan penangguhan hukuman sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

    Anwar sedang menjalani hukuman penjara bagi kesalahan liwat selepas menghabiskan hukuman penjara enam tahun bagi empat kesalahan rasuah.



    http://www.agendadaily.com/cms/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_6c131265-ca9db1d0-f429d700-f153467b
    avatar
    rakyat2biasa


    Posts : 12
    Join date : 2009-02-02

    Anwar dituduh peliwat Empty Pendengaran permohonan Anwar kaji semula keputusan kes rasuah ditangguh

    Post  rakyat2biasa Thu Feb 12, 2009 3:13 pm

    Mahkamah Persekutuan Selasa menangguhkan untuk mendengar permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya mengkaji semula keputusan mahkamah itu yang mengekalkan hukuman penjara enam tahun terhadapnya atas empat pertuduhan rasuah dan menyalahgunakan kuasa.

    Bagaimanapun, tiada tarikh baru ditetapkan bagi mendengar permohonan Anwar, 57, yang tidak hadir di mahkamah kerana menjalani rawatan di Hospital Kuala Lumpur sejak 12 Julai lepas setelah mengadu sakit belakang yang serius.

    Terdahulu, Timbalan Pendaftar Azimah Omar mengumumkan bahawa prosiding Selasa ditangguhkan sehingga Khamis ini memandangkan bapa mentua seorang daripada hakim yang dijadualkan akan bersidang untuk mendengar permohonan Anwar, meninggal dunia Selasa pagi.

    Bagaimanapun, setengah jam kemudian, S. N. Nair, seorang daripada peguam Anwar, memberitahu pemberita bahawa pendengaran permohonan itu telah ditangguhkan ke satu tarikh yang akan ditetapkan kelak.

    Katanya, ini berikutan pertemuan antara pihak pembelaan dan pendakwaan dengan Ketua Hakim Negara Tan Sri Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim di kamarnya bagi membincangkan tarikh yang sesuai memandangkan terdapatnya permohonan bagi mendapatkan panel lima hakim untuk mendengar perkara itu.

    Dalam permohonannya, bekas Timbalan Perdana Menteri itu meminta Mahkamah Persekutuan menggunakan bidang kuasanya mengikut Aturan 137 Kaedah-Kaedah Mahkamah Persekutuan 1995 bagi mengenepikan sabitan dan hukuman terhadapnya yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan rasuah yang telah disahkan oleh mahkamah yang sama pada 10 Julai 2002.

    Pada 14 April 1999, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk S. Augustine Paul telah mensabitkan Anwar bagi empat pertuduhan rasuah mengikut Seksyen 2(1) Ordinan 22 (Kuasa-Kuasa Perlu) 1970 dan memerintahkan beliau menjalani hukuman penjara enam tahun bagi setiap pertuduhan yang berjalan serentak.

    Anwar, yang juga bekas Menteri Kewangan, tidak berpuas hati dengan keputusan tersebut dan telah mengemukakan rayuan berhubung perkara itu tetapi ditolak oleh Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.

    Beliau telah selesai menjalani tempoh hukuman bagi kesalahan tersebut dan sedang menunggu keputusan rayuan berhubung hukuman penjara sembilan tahun yang dijatuhkan oleh Mahkamah Tinggi bagi kesalahan meliwat bekas pemandu peribadi keluarganya, Azizan Abu Bakar.



    http://www.agendadaily.com/cmspreview/content.jsp?id=com.tms.cms.article.Article_4c884479-ca9db1d0-156f9200-335385f9
    teruna desa
    teruna desa


    Posts : 125
    Join date : 2009-01-16

    Anwar dituduh peliwat Empty Re: Anwar dituduh peliwat

    Post  teruna desa Fri Feb 13, 2009 1:11 pm

    teruna nak tengok nanti, isu apa anwar ni nak mainkan, biasanya bila tang dia dibicara tang tu juga di reka cipta isu...semata-mata nak alih perhatian isu dia meliwat ni...

    Sponsored content


    Anwar dituduh peliwat Empty Re: Anwar dituduh peliwat

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Wed May 08, 2024 7:22 pm