AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB

  • Post new topic
  • Reply to topic

PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Share

pokok

Posts: 206
Join date: 2009-01-02

PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  pokok on Fri Feb 27, 2009 6:07 am

Pasukan Liverpool kerap membuat orang 'terpedaya'. Pada hari tidak ramai yang percaya Liverpool boleh menangkis cabaran gergasi Sepanyol, Real Madrid, di depan 85,000 penonton yang membanjiri Estadio Santiago Bernabeu dinihari semalam, pasukan dari Anfield itu berjaya melakukan ledakan kejutan.

Dengan memenangi perlawanan pertama pusingan kalah mati Liga Juara-Juara Eropah 1-0 ini, Liverpool kelihatan mempunyai peluang paling cerah berbanding Manchester United, Arsenal dan Chelsea untuk meneruskan langkah perjuangannya peringkat suku akhir.

Untuk berlaku adil kepada Liverpool, pasukan itu bukan tidak mempunyai kekuatan dan pengalaman untuk mengejutkan Real.

Bayangkan, sejak empat musim lalu, Benitez adalah pengurus pasukan daripada Liga Perdana England yang paling berjaya dalam pertandingan ini dengan Liverpool menjadi juara pada 2005 dan kemudian finalis 2006.

Tetapi yang diragukan bukan kualiti pemainnya. Yang dipertikaikan bukan tahap semangat perjuangannya. Yang dipersolakan bukan matlamat pasukan itu.

Sebaliknya, persembahan pasukan pimpinan Rafael Benitez dalam Liga Perdana England, yang tidak menentu arah haluannya.

Tambahan pula, Real, sejak diambil alih oleh Juande Ramos, tidak pernah kecundang dalam Liga Primera Sepanyol sejak Januari lalu.

Apabila kapten pasukan, Steven Gerrard, tidak mendapat tempat dalam kesebelasan utama Liverpool gara-gara belum cergas sepenuhnya selepas diganggu kejang otot, pasukan itu seperti kehilangan pemain paling penting dalam perjuangannya.

Apatah lagi Gerrard adalah penjaring utama Liverpool dalam Liga Perdana England dengan sembilan gol.

Bagaimanapun, Gerrard hanya muncul dua minit sebelum tamat permainan untuk mengambil alih tempat Alberto Riera pada minit ke-88.

Tetapi dalam medan pertempuran Liga Juara-Juara Eropah, Benitez masih mempunyai sentuhan keajaibannya. Itu sudah menjadi semacam kelebihan Benitez.

Kesebelasan utamanya jarang mengecewakannya. Susunan permainannya lebih berkesan. Strateginya selalu menjadi. Seolah-olah Liverpool lebih sesuai bertarung dalam Liga Juara-Juara Eropah daripada pertandingan lain.

Kesudahannya, Real terpaksa menggigit jari. Yang kecewa ialah Ramos. Yang hampa ialah kesebelasan utamanya. Yang merana ialah ribuan penyokongnya kerana harus melihat kekalahan Real di depan mata mereka pada lewat permainan.

Strategi Liverpool mudah sahaja. Jangan beri ruang kepada Real bergerak dan bertindak. Sebab itu kapten pasukan Real, Raul, menjadi pemain sederhana sahaja.

Bekas pemain Chelsea, Arjen Robben, mungkin lincah dan ligat tetapi beliau tidak pernah membuat Pepe Reina pening kepala.

Real sekadar cantik dari segi permainan tetapi dari gerakan penyudah, ia begitu mengecewakan.

Cakap mudah, Real menang gaya tetapi kalah bersabung.

Liverpool seperti mempunyai kesabaran menyerap tekanan Real dan kemudian dengan garang bertindak melalui penyerang tunggalnya, Fernando Torres, yang hampir-hampir membuka tirai jaringan pada minit ke-20.

Iker Casillas sempat menyelamatkan kedudukannya tetapi pada minit ke-82, penjaga gawang Real itu benar-benar terpedaya.

Namun, ia bukan kesilapan Casillas. Sebaliknya, barisan pertahanan Real yang cuai. Dengan perkataan lain, hilang fokus.

Gol itu bukan dari Dirk Kuyt, yang menyambar gol penyamaan semasa Liverpool seri 1-1 dengan Manchester City.

Sebaliknya, siapa terfikir melalui tandukan Yossi Benayoun.

'Liverpool menjaringkan gol melalui gerakan set-piece. Pertarungan ini sepatutnya berkesudahan seri kerana kedua-dua pasukan jarang mempunyai peluang jaringan,' demikian jurulatih Real memberitahu.

Tetapi Ramos mempunyai alasan untuk mengingatkan Benitez bahawa perjuangan Real belum berakhir. Masih ada 90 minit perjuangan.

Namun, dengan kegagalan Real menjaringkan sebarang gol dalam pertarungan ini gara-gara peluang yang begitu terbatas, perjuangan pasukan itu barangkali telah berakhir selepas perlawanan ini.

Kecuali ancaman pasukan pimpinan Ramos itu benar-benar 'Real'.

Bukan seperti dalam pertarungan ini, yang terbukti tidak 'Real'.

300

Posts: 69
Join date: 2009-01-14

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  300 on Fri Feb 27, 2009 6:09 am

pig pig macam karangan student UPSR je ni... pig pig

pokok

Posts: 206
Join date: 2009-01-02

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  pokok on Fri Feb 27, 2009 6:10 am

he he..berita terhangat siot...

300

Posts: 69
Join date: 2009-01-14

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  300 on Fri Feb 27, 2009 6:11 am

hari ni je hangat..esok lusa basi Laughing Laughing Laughing

pokok

Posts: 206
Join date: 2009-01-02

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  pokok on Fri Feb 27, 2009 6:21 am

pokok

Posts: 206
Join date: 2009-01-02

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  pokok on Fri Feb 27, 2009 6:22 am

Gol tandukan beri kelebihan buat The Reds

MADRID: Tandukan Yossi Benayoun pada lewat permainan membutirkan Liverpool kemenangan penting selepas menewaskan juara sembilan kali, Real Madrid 1-0 dalam saingan kalah mati pertama, Liga Juara-Juara Eropah, awal pagi semalam.

Sejurus selepas melakar kemenangan berharga di Stadium San Bernabeu itu, pengurus pasukan, Rafael Benitez pula tampil bersuara dia tidak ada sebarang niat untuk meninggalkan The Reds di sebalik pelbagai perkhabaran yang bertiup kencang ketika ini.

"Saya sudah jelas sebelum perlawanan bahawa saya tidak memikirkan untuk meletak jawatan," kata pengendali berbangsa Sepanyol itu. "Masih ada banyak masa un tuk berbincang mengenai kontrak saya."

Dia turut menyifatkan jaringan Benayoun penting tetapi berkata ia cuma satu perlawanan.

Dalam perlawanan yang menyaksikan peluang mencipta jaringan adalah terhad, Benayoun berjaya memanfaatkan peluang yang menyusul hasil sepakan percuma Fabio Aurelio dengan tandukan padu yang menewaskan penjaga gol Real, Iker Casillas pada minit ke-82 untuk memberi kelab Inggeris itu jaringan penting di tempat lawan.

Terdahulu, Casillas menghampakan peluang jaringan pelawat menerusi Fernando Torres dan Xabi Alonso manakala Arjen Robben mencipta peluang terbaik untuk juara Sepanyol itu dengan rembatan yang berjaya ditepis penjaga gol, Pepe Reina pada minit ke-71.

Kini, Raul dan rakan-rakan harus menjaringkan gol di Anfield dalam perlawanan kedua pada 10 Mac bagi menyalakan sebarang impian untuk mara bagi edisi kali ini.

"Masih ada 90 minit lagi permainan. Siapa yang menjaringkan gol berikut boleh menentukan nasib pasukan kami," kata jurulatih Real, Juande Ramos.

"Jika kami bermain baik, kami boleh menang di Anfield. Kami boleh menang di mana-mana sahaja."

Steven Gerrard hadir pada minit ke-87 sebagai pemain gantian selepas berehat tiga minggu.

"Dia belum pulih sepenuhnya dan kami perlu melindunginya," kata Benitez. – AP

pokok

Posts: 206
Join date: 2009-01-02

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  pokok on Fri Feb 27, 2009 6:26 am

pokok wrote:Gol tandukan beri kelebihan buat The Reds

ManJonG

Posts: 58
Join date: 2009-02-06

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  ManJonG on Fri Feb 27, 2009 6:44 am

PANAS, Liverpool pasukan paling power di merseyside je la..
baru kalahkan RM suddenly classified as pasukan paling power.. affraid affraid

apahallu

Posts: 90
Join date: 2009-02-19

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  apahallu on Fri Feb 27, 2009 11:35 pm

benitez ni cakap macam bang nuar gak la..kejap tu,,kejap ni...kuang kuang kuang... bounce bounce

apahallu

Posts: 90
Join date: 2009-02-19

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  apahallu on Fri Feb 27, 2009 11:36 pm

ManJonG wrote:PANAS, Liverpool pasukan paling power di merseyside je la..
baru kalahkan RM suddenly classified as pasukan paling power.. affraid affraid

lek aa manjong...orang banyak cakap tak semestinya yang power...tunggu je la MAY nanti...tengok showroom sape banyak piala... affraid affraid

detective conan

Posts: 291
Join date: 2009-01-14

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  detective conan on Sat Feb 28, 2009 12:31 am

he he he...caya la liverpoollllllllllllllllllllllllllllll..psiko

detective conan

Posts: 291
Join date: 2009-01-14

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  detective conan on Sat Feb 28, 2009 12:33 am

LONDON - Selepas mencatat kemenangan bermakna ke atas Real Madrid, kelmarin Liverpool kembali ke alam nyata dengan fokus segera dialih kepada pertemuan Liga Perdana England menentang Middlesbrough, hari ini.

Kemenangan 1-0 ke atas gergasi bola sepak Sepanyol, Real di Santiago Bernabeu memberi motivasi tambahan buat anak-anak buah Rafael Benitez untuk mengharungi aksi domestik dengan lebih berkeyakinan.

Selepas mempamerkan disiplin tinggi ketika kunjungan ke Madrid, skuad Reds kini bersedia mengulangi persembahan yang serupa untuk mengejar pendahulu liga, Manchester United yang memegang kelebihan tujuh mata.

Pada ketika United tidak beraksi dalam saingan liga minggu ini kerana terlibat dengan final Piala Liga menentang Tottenham esok, Liverpool berpeluang merapatkan jurang mata kepada empat.

Begitupun sejarah mereka dalam setiap kunjungan ke Stadium Riverside agak meresahkan kerana tidak pernah menang di gelanggang tersebut sepanjang dibimbing oleh Benitez.

Daripada empat kunjungan terakhir ke Boro, Liverpool kalah sekali dan seri tiga kali.

Malah, mereka juga harus memberi perhatian kepada rekod kurang memberangsangkan dalam saingan terakhir liga apabila seri empat daripada enam perlawanan.

Liverpool yang seri enam daripada 13 perlawanan di tempat sendiri, musim ini perlu mengelak daripada kehilangan mata kerana ia hanya akan membuka ruang kepada Chelsea dan Aston Villa untuk memintas.

Benitez mungkin menghadapi sedikit kesukaran menurunkan pasukan terkuat pada ketika bintang penyerang, Fernando Torres masih dibelenggu kecederaan kaki dan kapten, Steven Gerrard pula belum cergas sepenuhnya.

Boro, yang menduduki tangga kedua tercorot gagal mencatat kemenangan daripada 14 perlawanan terakhir liga sejak kemenangan terakhir, 2-1 ke atas Villa pada Disember lalu. - AFP

bunga

Posts: 189
Join date: 2009-01-26

M'boro2-Liverpool 0

Post  bunga on Sat Feb 28, 2009 2:54 pm

Liverpool's fading Premier League title hopes suffered a crushing blow as they lost 2-0 to strugglers Middlesbrough at the Riverside, oopsss sorry Liv fans...an own goal from Xabi Alonso and Tuncay, destroyed Rafa's side.

Should be 3-0 at the end of time if not for the offside....

Rafa is on hot seat!!!

Chelsea leapfrog Liv to 2nd place with goal diff. Basketball

apahallu

Posts: 90
Join date: 2009-02-19

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  apahallu on Sat Feb 28, 2009 9:59 pm

nampaknya boro dah jadi pasukan super power sebab dah kalahkan pasukan yang power...kuang kuang kuang...2-0 beb... bounce bounce

detective conan

Posts: 291
Join date: 2009-01-14

Re: PANAS, Liverpool pasukan paling Power

Post  detective conan on Sun Mar 01, 2009 12:44 am

he he he.....edeh kata-katamu menusuk kalbu bro..
  • Post new topic
  • Reply to topic

Current date/time is Wed Nov 25, 2009 3:39 am