
Jgn marah ~ nanti kena jual,ngeh


pokok wrote:bunnga leverpool sengaja mengalahkan diri..coz nak beri tumpuan kat liga juara -juara..he he he..taktik bunga..

World club champion katakan...hehhehhedetective conan wrote:Steven Gerrard berpendapat pasukan-pasukan seperti Manchester United, Chelsea dan juga Arsenal pasti khuatir jika di kalangan mereka dijodohkan menentang Liverpool dalam peringkat suku akhir pertandingan Liga Juara-Juara Eropah.
Undian peringkat suku akhir Liga Juara-Juara Eropah musim ini akan dibuat di Nyon, Switzerland, hari ini.
Liverpool memberikan semacam peringatan kepada pasukan-pasukan yang melayakkan diri ke peringkat suku akhir dengan membelasah Real Madrid dari Sepanyol 4-0 dan kemudian menewaskan johan bertahan, Manchester United, 4-1 dalam Liga Perdana England.
Kini, kapten pasukan Liverpool itu yakin pasukan-pasukan yang bakal bertanding dalam peringkat suku akhir pasti bimbang jika mereka diundi menentang pasukan dari Anfield itu nanti.
Kejayaan Liverpool membelasah Real, juara Eropah sebanyak sembilan kali, 4-0 telah menggemparkan banyak pasukan di Eropah - lebih-lebih lagi, Real sedang menunjukkan persembahan yang mantap dalam Liga Primera Sepanyol tetapi kekalahan itu merupakan paling teruk dalam pertandingan ini.
Justeru, Gerrard berpendapat tiada pasukan yang berminat mahu menentang Liverpool dalam peringkat suku akhir nanti.
Bagaimanapun, Liverpool tidak dianggap sebagai pasukan pilihan untuk menjuarai pertandingan ini.
Barcelona dari Sepanyol, yang bertaburan dengan pemain berkualiti seperti Lionel Messi, Thierry Henry dan Samuel Eto'o, menjadi pilihan dengan johan bertahan, Manchester United, pilihan kedua dan Chelsea, pilihan ketiga.
'Jika anda tanya saya mengenai faktor gerun dalam Liga Juara-Juara Eropah, saya fikir tujuh pasukan lain pasti bimbang jika salah satu daripada pasukan itu menentang kami.
'Tetapi apa jua kesudahan undian itu nanti, pasukan itu pasti akan menentang kami sama ada dalam peringkat separuh akhir atau final.
'Kami tidak khuatir dengan mana-mana pasukan. Kami sedia menentang mereka dan kami yakin Liverpool akan melangkah jauh dalam pertandingan ini.
'Jika kami boleh memilih seteru kami, kami ingin menentang pasukan seperti Villarreal atau Porto.
'Tetapi pada peringkat pertandingan ini, tiada pasukan yang boleh dianggap lemah. Setiap pasukan yang telah melayakkan diri ke peringkat suku akhir telah mencapai kejayaan yang baik.
'Namun begitu, kami telah membuktikan bahawa kami adalah pasukan yang wajar diberikan perhatian,' Gerrard memberitahu.
Gerrard, yang muncul buat kali ke-100 dalam pertandingan ini apabila Liverpool menentang Real, telah menjaringkan tujuh gol.
Bahkan, Gerrard menjadi penjaring utama pertandingan ini bersama dengan Miroslav Klose dari Bayern Munich.
kumbang_aidc wrote:walaupun tewas 3-1, Liverpool tetap pasukan paling power kerana kemenangan liverpool ditangguhkan pada minggu depan harap dapat bersabar hehe