AIDC CLUB

Would you like to react to this message? Create an account in a few clicks or log in to continue.
AIDC CLUB

Selamat Datang ke AIDC CLUB


+3
cik kiah
pochong
NTanwar
7 posters

    Kenapa semua calon PKR bermasalah ?

    NTanwar
    NTanwar


    Posts : 12
    Join date : 2009-01-16

    Kenapa semua calon PKR bermasalah ? Empty Kenapa semua calon PKR bermasalah ?

    Post  NTanwar Thu Feb 12, 2009 6:38 am

    Zul Hassan aktivis PKR yang memegang jawatan dalam Majlis Daerah Perak pernah berkata kepada media sebagai "seks seperti menerima sedekah" dan mendakwa dia melakukan perlakuan seks dengan seorang wanita Cina kerana wanita itu offer kepadanya. Itu umpama ’sedekah’, katanya.

    Malah Zul Hassan bersama Ruslan Sahat (aktivis PKR) yang menjadi juruteknik Perbadanan Kemajuan Negeri Perak (PKNP) serta Kapten (B) Usaili Alias, (Calon PKR Bota) menghadapi 16 tuduhan rasuah yang akan dibicarakan Mahkamah Sesyen, Perak.

    Turut berkonspirasi dengan mereka adalah dua anggota exco kerajaan negeri Perak dari PKR iaitu Kapt (B) Mohd Osman Mohd Jailu dan Jamaluddin Mohd Radzi, yang juga menghadapi pertuduhan di mahkamah.

    Kedua-dua Exco PKR ini merasa dirinya teraniaya kerana tidak dibela oleh parti dan Anwar dan akhirnya mereka mengisytiharkan keluar dari parti yang menyebabkan kerajaan PR Perak tumbang.


    Di Selangor, ADUN PKR Pelabuhan Kelang, Badrul Hisham Abdullah juga menghadapi masalah yang sama.

    ADUN Pelabuhan Kelang itu dikatakan 'menghilangkan diri' kerana pernah 'tertangkap basah' bersama wanita lain oleh isterinya sendiri

    Dia juga menyatakan kecewa kerana peruntukan kawasannya 'disekat' oleh Menteri Besar Selangor yang juga Pengerusi PKR Selangor.

    Seorang lagi Ahli Parlimen PKR Kapar, S. Manikasavagam menyatakan ketidakpuasan hatinya kepada Menteri Besar Selangor kerana menyekat peruntukan di kawasannya. Sebagai membantah tindakan itu, dia telah meletakkan jawatan sebagai Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) Selangor .

    Dia juga berkata penyebab lain dia meletak jawatan kerana sudah tidak tahan dengan ‘gelagat’ Exco Kerajaan Selangor, Rodziah Ismail yang juga Ahli PKR Dewan Undangan Negeri (ADUN) Batu Tiga yang menggunakan dana untuk Dewan Undangan Negeri (DUN) Sementa dengan sewenang-wenangnya

    Manikavasagam juga mendakwa dia tidak berpuas hati dengan tindakan pucuk pimpinan PR Selangor yang memilih Rodziah sebagai ADUN ‘angkat’ kepada DUN Sementa setelah kerusi DUN tersebut dimenangi calon dari Barisan Nasional, Datuk Abdul Rahman Palil pada pilihan raya umum lalu.

    Sepatutnya jawatan penyelia DUN Sementa diberikan kepada Manikasavagam kerana dia adalah ketua PKR DUN Sementa..

    Dakwanya lagi, Rodziah telah menyekat tuntutan perbelanjaan yang dibuatnya untuk beberapa aktiviti rakyat dan membantu penduduk yang menghadapi DUN Sementa.

    Pihaknya agak pelik dengan tindakan Rodziah yang membuka sebuah pejabat di Sungai Kapar Indah dengan perbelanjaan ribuan ringgit dan diuruskan oleh beberapa individu dalam PKR Kapar yang sebelum ini tidak pernah aktif dalam parti.



    Di Kedah, V.Arumugam, Adun PKR Bukit Selambau yang juga exco kerajaan Kedah didakwa terlibat dengan skandal seks di luar nikah sehingga melahirkan seorang anak.


    Ekoran daripada itu lebih 500 pengundi di kawasannya telah menyerahkan memorandum kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah untuk membantah exco PKR itu yang dikatakan telah mencemar imej kerajaan Kedah.

    Anggota Exco itu didakwa sudah berkeluarga dan mempunyai isteri yang sah tetapi dikatakan sering membawa wanita berkenaan ke majlis-majlis di istana dan upacara rasmi kerajaan negeri.


    Kenapa semua calon PKR bermasalah dengan rasuah, penyelewengan wang dan rasuah seks, sedangkan Anwar kata semua calon PKR terbaik bebas dari rasuah dan penyelewengan.

    Anwar selalu tuduh parti lawannya UMNO yang rosak, rasuah dan penyelewengan, calon PKR semuanya bersih sepenuhnya. Benarkah?

    Anwar juga kata dia berjuang untuk kepentingan rakyat, dia bebas dari rasuah, seks dan penyelewengan. Benarkah Anwar manusia mahabersih yang terhindar dari korupsi, seks dan penyelewengan kettika menjadi TPM dan Menteri Kewangan dulu.

    Adakah kebanyakan calon PKR rosak moral kerana meniru pepatah Melayu, ’bapa borek anak rintik’
    pochong
    pochong


    Posts : 25
    Join date : 2009-01-21

    Kenapa semua calon PKR bermasalah ? Empty Re: Kenapa semua calon PKR bermasalah ?

    Post  pochong Thu Feb 12, 2009 12:05 pm

    anwar adalah seorang yang baik, dia tidak pernah terlibat dengan skandal, dia tidak melakukan rasuah, dia takde kaitan dengan sukma darmawan, takde kaitan dengan sesape pun jejaka-jejaka di malaysia ni, Anwar tidak ada hubungan dengan isteri orang, anwar tidak ada hubungan dengan negara barat, cayalah cakap gua ni nie ...dia ni umpama kain puteh...percayalahhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh....dia bukan seperti yang digamarkan...dia ni baik sangat cam pak lebai, dia tak pernah buat salah....

    OH bang nuar Gua teringin jumpa denganmu, macamana ko terlalu perfek, sampai orang lain pun takleh lawan denganmu, Oh bang nuar gua begitu mengagumimu, bagaimana ko mampu berkawan dengan semua orang2 yahudi dan orang2 amerika, ko sunguh hebat, anwar sadat pun kalah.gua tabik spring kat LU bang Nuar... abang nuarlah manusia paling perfek tahap Gaban di atas muka bumi ni...jangan sesape nak pertikai hu hu hu...
    cik kiah
    cik kiah


    Posts : 32
    Join date : 2009-01-16

    Kenapa semua calon PKR bermasalah ? Empty Re: Kenapa semua calon PKR bermasalah ?

    Post  cik kiah Sat Feb 21, 2009 1:51 pm

    Ketuanya dah buruk perangai..anak2 buah apa lagi.

    Kalau moral elok, tak leh pulak dok sekali ngan anwar!!! Mesti berbulu jer mata
    bunga
    bunga


    Posts : 189
    Join date : 2009-01-26

    Kenapa semua calon PKR bermasalah ? Empty Re: Kenapa semua calon PKR bermasalah ?

    Post  bunga Thu Feb 26, 2009 12:02 pm

    ...sebab PKR tertubuh dari party2 dan pemimpin yg bermasaalah..... rabbit

    konon bersatu untuk membuat tsunami ~ perubahan selepas 12th GE,tapi rupa2nya sendiri punya masaalah dalaman pun tak bole nak kawal, camne lah nak buat perubahan pada negara...keep dreaming PKR!!
    ultraman
    ultraman


    Posts : 97
    Join date : 2009-01-17

    Kenapa semua calon PKR bermasalah ? Empty Re: Kenapa semua calon PKR bermasalah ?

    Post  ultraman Fri Feb 27, 2009 1:37 am

    bersatu untuk US, ha ha ha
    ManJonG
    ManJonG


    Posts : 58
    Join date : 2009-02-06

    Kenapa semua calon PKR bermasalah ? Empty Re: Kenapa semua calon PKR bermasalah ?

    Post  ManJonG Sat Feb 28, 2009 2:26 pm

    kelayakan nak jadi ahli xkisah ada masalah asalkan mendenar arahan.. omg
    nangkasedap
    nangkasedap


    Posts : 57
    Join date : 2009-02-07

    Kenapa semua calon PKR bermasalah ? Empty Re: Kenapa semua calon PKR bermasalah ?

    Post  nangkasedap Mon Mar 02, 2009 7:46 am

    asalkan ada gambar .... he he he..cam eli, lulus kot

    Sponsored content


    Kenapa semua calon PKR bermasalah ? Empty Re: Kenapa semua calon PKR bermasalah ?

    Post  Sponsored content


      Current date/time is Fri Nov 22, 2024 10:28 pm