Agak lama aku tidak menulis artikel sendiri. Sekadar menterjemah artikel, menilai video untuk siaran chanel anwaribrahimdotcom, youtube. Selebihnya cut n paste berita-berita dari laman ternama dan blog-blog berkaitan.
Ntah aku sendiri pun masih mencari ruang untuk menulis semula. Banyak perkara yang bermain di minda, tetapi masih menunggu waktu untuk dicurahkan.
Minggu lepas hari istimewa dalam hidupku. Seperti biasa, teman-teman rapat seperjuangan akan datang bertandang, walaupun dari kejauhan.
SA (norasolehah) datang membawa hadiah istimewa kepadaku. Faizal menunggu setia di kedai mamak, tempah tempat duduk untuk enam orang. Aku tiba bersama Cik Kiah dan Hokage. Tidak lama kemudian menyusul pula Puteri dan Orca.
Seperti biasa, aku seorang sahaja peminat teh tarik. Yang lain tidak begitu gemar teh tarik, milo ais, nescafe sebagai gantinya. Aku suka kedai mamak, bukan sebab makanannya tetapi untuk menghirup teh tarik sambil melihat orang ramai.
Barangkali selama ini, aku sudah bosan menghadap moniter . Berada di kedai mamak sebagai pelarian untuk menikmati kehidupan alam nyata.
Aku lihat, orca menyandang beg laptop. Begitu juga dengan Faizal dan SA. Sudah dua kali, pertemuanku secara bersemuka dengan SA, dia membawa bersamanya harta kesayangan – laptop.
Sambil kuhirup teh tarik kulihat SA surfing blog sambil chat di chatroll..Faizal pula sedang membelek-belek forum..
Tetapi kali pertama kulihat Orca menggalas beg laptop.
”Pinjam dengan kawan”, sapaku ingin tahu.
”Tak. Baru beli. Senang sikit untuk mobile”, jawabnya ringkas.
”Berapa harga ?”, tanyaku lanjut.
”Murah saja. RM1800. Dah lama kumpul duit sikit-sikit, sekarang baru berjaya beli”, keluhnya tanda kepuasan.
Aku diam sambil mengenangkan usaha Orca menterjemah artikel-artikel menggunakan destop usangnya yang amat disayangi warisan pengajiannya. Aku juga tahu Orca amat berjimat cermat dan sering menyimpan wang membeli apa yang dihajatinya apabila duit sudah terkumpul.
”Bukan harga yang mustahak, tetapi keikhlasan dan hasilnya yang penting”, celah Cik Kiah menyokong Orca. Hokage mengangguk kepala tanda setuju.
Aku bersetuju dengan pendapat Cik Kiah. Walaupun Orca hanya menggunakan destop usang warisan pengajiannya, tetapi keikhlasan serta kesungguhannya banyak terjemahan dapat dilakukan.
Kami berborak panjang tengahari itu. Pasal blog. Pasal rangkaian. Aku mendengar dengan teliti penerangan SA dan Faizal.
”Bagus, semakin banyak peningkatan”, bisik hati kecilku. ”Barangkali semua ini berjaya dilakukan kerana usaha bersungguh-sungguh mereka berdua dengan bantuan rangkaian lain”, hati kecilku terus bersuara.
”Ladybird, Zek, 300, Kumbang, OM dan lain-lain kirim salam, mereka tak dapat hadir”, kata SA.
”Walaikumusalam”, balasku.
”Tak apa. Ini bukan pertemuan AIDC Club. Hari ini kita berjumpa bukan sebab meeting”, balas pula Hokage.
”Qasehnuryz dan MirPJ pun dah sudi jadi rakan seperjuangan..”, Faizal mencelah.
”Bagus. Selamat datang ke alam perjuangan”, balasku lagi.
”Ada beberapa nama lagi bakal menyusul..Kumbang sedang menyusun database”, SA menyambung.
”Bila pula pertemuan kedua..mungkin kita boleh berkenalan lanjut dengan rakan-rakan baru ?, tanya Faizal inginkan kepastian.
Aku terdiam tanpa memberi sebarang komitmen. Masih tergiang lagi pertemuan di Melaka, yang mempertemukan secara bersemuka, aku, SA, Zek, Ladybird dan lain-lain.
Sekian lama kita berkenalan di alam maya, akhirnya dipertemukan jua di Melaka awal tahun ini. Indah sungguh pertemuan itu yang disusuli dengan perbincangan bersemuka, sedangkan selama ini bermesyuarat melalui alam maya.
OM tidak dapat hadir sebab baru berbulan madu. 300 hanya sempat berkirim salam dari kejauhan. Aku masih simpan hadiah untuk OM yang belum dapat diberikan hingga ke hari ini.
Pertanyaan Faizal tadi masih bermain dalam minda. ”Insya Allah, kita akan susuli dengan pertemuan selanjutnya”, balasku tanpa menyebut komitmen detail.
”Terima kasih Cik Kiah kerna sudi belanja kita hari ini”, kataku lagi sebagai menutup bicara.
Aku hirup teh tarik, sambil menghembus asap berkepol-kepol di udara. Fikiranku melayang, mengenangkan keikhlasan rakan-rakan seperjuangan.
”Bersyukur kepadaMU, kerana menghantar rakan-rakan sepejuangan yang ikhlas dan komited..Aku akan lakukan sedaya yang termampu..”, mindaku bermain sendiri..
AIDC
2.15 pagi
11 Februari 2009.
Terima kasih teman-teman seperjuangan..catatan peribadi AIDC

AIDC- Posts: 25
Join date: 2008-08-12

bunga- Posts: 189
Join date: 2009-01-26
TQ for the hard work that you created and the others,that benefited me and many more out there...
especially from distance.God willing, we also could meet next time in the near future 

detective conan- Posts: 291
Join date: 2009-01-14
wah korang jumpa tak ajak conan pun, lain kali ajak sama ya, he he he..kagum dengan semangat korang..

detective conan- Posts: 291
Join date: 2009-01-14
wah korang jumpa tak ajak conan pun, lain kali ajak sama ya, he he he..kagum dengan semangat korang..

ManJonG- Posts: 58
Join date: 2009-02-06
sekali bace mcm luahan perasaan yang amat mendalam lak..
muehahaha..
Nway keep it up..

muehahaha..
Nway keep it up..

ultraman- Posts: 97
Join date: 2009-01-17
ManJonG wrote:sekali bace mcm luahan perasaan yang amat mendalam lak..
muehahaha..
Nway keep it up..![]()
waa sokong pendapat lu manjong, cam luahan perasaan, ada masalah ke? harap2 team korang semua sukses, waa tak tau bagaimana sekiranya laman ni takde di laman siber,kat mana waa nak gi lepak nanti dan dapat bahan...pada waa setiap masalah ada jalan penyelesaian...tak gitu manjong. he he...kepada semua team AIDC waa lespek sama luuuuuuuuuu...


qasehnuryz- Posts: 61
Join date: 2009-01-19
Salam Bro Aidc and geng2 sekelian,
Thanks sudi terima sy dlm grup ceria ni.Sy bangga dgn perjuangan kalian dlm mencari kebenaran.
Sy masih hijau dlm group ni..Harap bantuan dan tunjuk ajar senior² di sini utk sama² berjuang dan memajukan AIDC.
Sy sudah mulakan perkenalan dgn bro AIDC,Joyah,Faizal,Hokage,OM,Zek..
Mereka² ini sgt nakal tapi sy senang dgn perangai wengg(a.k.a gile²) mereka ni.
Begitu juga dengan 300,Cik Kiah dan Zura..tp agak sekejap perkenalan kami.Jika ada masa..
sy ingin mengenali mrk lebih lanjut agar boleh bkerjasama di kemudian hari.
Utk nama yg tidak sy sebut..Sy harap bro Faizal akn kenalkan sy dgn mereka:)
Semoga AIDC terus success dgn barisan moderator yg mantap dan penyokong yg hebat!
Qasehnuryz
~ berbaring sambil merenung langit
Thanks sudi terima sy dlm grup ceria ni.Sy bangga dgn perjuangan kalian dlm mencari kebenaran.
Sy masih hijau dlm group ni..Harap bantuan dan tunjuk ajar senior² di sini utk sama² berjuang dan memajukan AIDC.
Sy sudah mulakan perkenalan dgn bro AIDC,Joyah,Faizal,Hokage,OM,Zek..
Mereka² ini sgt nakal tapi sy senang dgn perangai wengg(a.k.a gile²) mereka ni.
Begitu juga dengan 300,Cik Kiah dan Zura..tp agak sekejap perkenalan kami.Jika ada masa..
sy ingin mengenali mrk lebih lanjut agar boleh bkerjasama di kemudian hari.
Utk nama yg tidak sy sebut..Sy harap bro Faizal akn kenalkan sy dgn mereka:)
Semoga AIDC terus success dgn barisan moderator yg mantap dan penyokong yg hebat!
Qasehnuryz
~ berbaring sambil merenung langit

shamsadis- Posts: 28
Join date: 2009-01-26
wahhh...ada luahan perasaan plak...

nangkasedap- Posts: 57
Join date: 2009-02-07
aku pun pikir sama dengan ko shamsadis, ada sesi luah perasaan ke?

shamsadis- Posts: 28
Join date: 2009-01-26
nangkasedap wrote:aku pun pikir sama dengan ko shamsadis, ada sesi luah perasaan ke?
aku pun nak luah gak perasaan aku ditipu petak+bulat/tigasegi = ^2-^3/1 oleh anwar al juburi...tapi takper itu semua hanya pengalaman buruk...



